Rute pendakian
Gunung Merapi merupakan obyek pendakian yang popular. Jalur pendakian yang paling umum dan dekat adalah melalui sisi utara dari Sèlo, satu kecamatan di Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah, yang terletak di antara Gunung Merapi dan Gunung Merbabu. Pendakian melalui Selo memakan waktu rata-rata 5 jam hingga ke puncak.
Jalur populer lain adalah melalui Kaliurang, Kecamatan Pakem, Kabupaten Sleman, Yogyakarta di sisi selatan. Jalur ini lebih terjal dan memakan waktu sekitar 6-7 jam hingga ke puncak. Jalur alternatif yang lain adalah melalui sisi barat laut, dimulai dari Sawangan, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah dan melalui sisi tenggara, dari arah Deles, Kecamatan Kemalang, Kabupaten Klaten, Jawa Tengah. Sejarah geologi
Merapi merupakan gunung berapi yang paling muda di selatan Jawa. Ia terletak pada zon kelinciran, di mana Plat Indo-Australian menggelincir ke bawah Plat Eurasian. Ia merupakan salah satu dari 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Analisis stratigrafi mendedahkan bahawa letusan di kawasan Merapi bermula kira-kira 400,000 tahun yang lalu, dan sehingga kira-kira 10,000 tahun yang lalu, letusan lazimnya berlebih-lebihan, lava yang dikeluarkan adalah dari lava jenis basalt. Semenjak itu, letusan menjadi lebih kuat letupannya, dengan lava andesitnya yang likat biasanya menjanakan kubah lava. Kubah runtuh biasanya menjana aliran piroklas dan letupan yang lebih besar, yang mana ia akan menghasilkan turus letupan, akhirnya menyebabkan turus tadi runtuh.
Biasanya, letusan kecil berlaku setiap dua atau tiga tahun, dan yang lebih besar akan berlaku setiap 10-15 tahun sekali atau lebih. Letusan penting, biasanya menyebabkan banyak kematian, telah berlaku pada tahun 1006, 1786, 1822, 1872 (letusan yang paling dahsyat dalam sejarah terkini) dan 1930 — apabila 13 kampung musnah dan 1,400 rakyat terbunuh oleh aliran piroklas.
Satu letusan yang sangat besar berlaku dalam tahun 1006 menyebabkan Pulau Jawa diliputi dengan abu. Letupan gunung berapi ini dipercayai membawa kepada kejatuhan tamadun kerajaan Hindu Mataram dan kekosongan kuasa ini diisi oleh orang-orang Muslim menjadi pemimpin pulau Jawa.
Gunung Merapi berkesinambungan mempunyai kepentingan tertentu kepada orang-orang Jawa: ia menjadi salah satu daripada empat tempat di mana para pegawai daripada istana beraja Yogyakarta dan Solo membuat acara tahunan bagi menjamu roh-roh orang Jawa purbakala. [1] Imej satelit Gunung Merapi. Diambil pada 2003 by NASA [sunting] Letupan 1992

Tidak ada komentar:
Posting Komentar